Tuesday, December 30, 2008

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir,
dan berdo’a.

· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua’laikum wr wb………. ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa
mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the
13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah yang menjaga tertib dalam sembahyangnya.

Wednesday, December 10, 2008

Sabarlah Menempuhi DugaanNya

Allah menimpakan sesuatu dugaan dan ujian kepada hambaNya adalah mengikut keupayaan diri kita.Dan Alllah tidak membebankan kita jika kitak mampu menerimanya.Yang mana apabila kita perhatikan dan merenung ujian yang diberikan, terselit 1001 hikmah atau nikmat yang mungkin kita tidak nampak, dan insyaAllah ianya dapat dirasai apabila ada keizinanNya...


Sabda Rasulullah s.a.w...
Tiada suatu pun seorang Muslim yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainya,melainkan kerananya Allah ingin menghapuskan keburukan-keburukanya sebagaimana pohon-pohon yang menggugurkan daun-daunya...
Hadis Riwayat Bukhari.


Tempulah ujian dan dugaanNya dengan sabar dan tabah...Percayailah bahawa Allah sangat menyayangi hambanNya...Iaitu KAMU!

Al-Muqaddimah

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Tujuan saya menubuhkan blog ini adalah untuk berkongsi apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam,mungkin serba sedikit tentang pengalaman yang berlaku kepada saya ataupun sebagai tempat untuk berkongsi pendapat dan sebagainya yang berfaedah.Mudah-mudahan apa yang saya cuba kongsikan di blog ini kita sama-sama mendapat manfaat,keberkatan dan keredaan dariNya.
Sebarang kesilapan maklumat-maklumat atau fakta didalam blog ini harap dibetulkan dan sebarang cadangan sila maklumkan.
wassalam...